Pernahkah anda mendengar smartphone bernama Nexus?
Saya pasti anda pernah mendengarnya. Post kali ini akan membincangkan tentang smartphone jenama Nexus ini. Peranti jenama Nexus ini adalah peranti elektronik untuk pengguna yang didatangkan dengan sistem operasi Android. Gergasi Google bertanggungjawab dalam urusan rekabentuk, pembangunan, pemasaran dan perkhidmatan sokongan peranti jenama Nexus ini. Peranti dalam jaringan Nexus ini bolehlah dikatakan sebagai 'Flagship product' (produk utama) Google Android. Di kalangan pembangun applikasi Android, peranti Nexus ini juga turut dikenali sebagai smartphone pure Android.
Sejarah Google Nexus bermula pada tahun 2010. Ya, 5 tahun yang lepas. Di bawah ini ada disertakan infografik tentang Google Nexus ini.
Dan yang terbaru, Nexus 6. Dilancarkan pada 15 Oktober 2014. Lihat gambar di bawah ini.
Gambar asal diambil dari sini.
Informasi di atas adalah untuk barisan smartphone Nexus. Selain itu, Nexus juga mempunyai barisan Tablet nya sendiri.
Generasi pertama Nexus tablet adalah Nexus 7. Dilancarkan julung kalinya pada tahun 2012. Nexus 7 kemudiannya dilahirkan sebagai generasi kedua pada tahun 2013, dengan penambahbaikan beberapa ciri dan fitur padanya.
Nexus tablet turut didatangkan dengan model Nexus 10, di hasilkan pada tahun 2012. Seperti nombornya, ia bersaiz 10".
Dan yang terbaru pula ialah tablet Nexus 9. Dilancarkan pada Oktober 2014, beroperasi dengan Android Lollipop 5.0.
Ini adalah spec Google Nexus 9 yang didapati daripada Laman Rasmi Google Nexus.
Berikut adalah senarai pengeluar Google Nexus daripada generasi pertama sehinggalah model yang terkini iaitu pada tahun 2014.
Salah satu keistimewaan peranti Google Nexus ini adalah, mana-mana update terkini daripada pihak Google, peranti Nexus yang akan mendapat kemaskininya. Begitu juga kalau ada keluaran terkini sistem operasi android, peranti nexus yang akan menggunakannya dahulu. inilah keistimewaan atau previllage pengguna peranti Nexus.








